PSM

Wednesday, March 16, 2011

KEMPEN PENDIDIKAN PERCUMA OLEH PEMUDA KLANG.

Pada hari Ahad bersamaan dengan 6 March 2011, Pemuda Port Klang telah menganjurkan satu program di bawah tema Kempen Pendidikan Percuma. Tujuan utama mereka mengadakan program ini adalah untuk membuka kelas tuisyen di kawasan mereka. Seramai 30 orang terutamanya anak-anak muda telah menyertai program ini. Pemuda Sosialis Sungai Siput juga telah menyertai program ini.


Pada permulaan program, pemuda Port Klang telah membuat drama ringkas berkenaan dengan Pendidikan Percuma. Selepas itu, Sdr Karthi yang juga merupakan Penyelaras Pemuda Sosialis Nasional  telah memberi sedikit input berkenaan dengan Pendidikan Percuma. Beliau telah membandingkan pendapatan seisi keluarga dan juga perbelanjaan setiap keluarga pada setiap bulan. Beliau juga menjalankan sesi soal jawab yang ringkas dengan anak-anak muda berkenaan dengan yuran sekolah mereka. walaupun musia mereka sangat muda, namun mereka masih mampu menjawab soalan mereka dengan mengatakan bahawa yuran sekolah mereka adalah mahal dan pendapatan seisi keluarga mereka memang tidak mencukupi.

Kemudian, Sdri Sivaranjini yang merupakan kordinator Pemuda Klang telah memaklumkan bahawa kelas tuisyen percuma akan dimulakan dan subjek yang akan diajar adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Matematik. Program ini boleh dikatakan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada anak-anak muda.
Setelah itu, pertunjukkan bakat oleh anak-anak muda telah diadakan sehingga makanan sampai. Antaranya ialah menyanyi dan juga memberi ucapan. Ada ibu bapa yang mengucapkan tahniah dengan usaha ini dan memberikan dorongan kepada anak-anak muda supaya mereka tidak mensia-siakan peluang seperti ini.


Setelah anak-anak muda menjamu selera, program ini telah ditamatkan dengan  jayanya pada pada pukul 1.30 petang.
Jika kita melihat isu ini, mengapakah kita begitu fokus dalam menuntut pendidikan percuma. Pada badget 2008, Tun Ahmad Badawi telah mengumumkan bahawa pendidikan akan diberikan secara percuma di Malaysia. Tetapi, itu merupakan satu pembohongan besar oleh beliau! Adakah pendidikjan diberikan secara percuma di negara kita?? Jawapannya TIDAK! Realitinya, yuran di semua Sekolah Rendah dan juga Menengah mencecah ratusan ringgit. Para ibu bapa terpaksa berkerja siang dan malam dan ada juga yang berhutang semata-mata untuk membayar yuran sekolah ataupun yuran tuisyen. Harus diingatkan bahawa seorang pelajar miskin tidak diberikan keputusan peperiksaan UPSR kerana tidak membayar yuran sekolah. tetapi,  Perdana Menteri kita, Najib mengatakan bahawa 30 bilion telah diperuntukan untuk pendidikan. Jadi, duit sebanyak ini disalurkan kepada poket siapa? Terdapat banyak negara lain seperti Venezuela dan Cuba memberikan pendididkan percuma kepada rakyat di negara mereka. itupun, mereka kurang berpendapatan daripada negara kita. Jadi, mengapakah negara kita tidak boleh berbuat sedemikian?? Persoalan yang harus kita fikirkan. Jadi Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) telah turun padang dan dalam usaha untuk mempopularkan program ini dan seterusnya memberi tekanan kepada kerajaan kapitalis yang sedang memerintah kita bahawa pendidikan adalah percuma dan tidak boleh diniagakan.

M.Ravindran
Pemuda Sosialis

No comments:

Post a Comment