Pemuda sosialis sg.siput mengambil bahagian dalam thaipusam thanir panthal bersama ahli psm sg.siput.
Saturday, January 22, 2011
THAIPUSAM THANIR PANTHAL 20.01.2011
Pemuda sosialis sg.siput mengambil bahagian dalam thaipusam thanir panthal bersama ahli psm sg.siput.
Monday, January 17, 2011
GERAKAN MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA (GMPP) KENYATAAN AKHBAR :16 JANUARI 2011 ”Ada duit pergi sekolah, tak ada duit pergi kerja”
GERAKAN MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA (GMPP)
KENYATAAN AKHBAR :16 JANUARI 2011
”Ada duit pergi sekolah, tak ada duit pergi kerja”
Setiap kali bermulanya sesi persekolah baru bermulalah keluhan ibu bapa berhubung yuran persekolahan anak mereka yang semakin meningkat saban tahun. ”Ada duit pergi sekolah, tak ada duit pergi kerja” beginilah keadaan kanak –kanak kita yang tidak mampu membayar yuran persekolahan. Kami Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) amat kesal dengan peningkatan yuran persekolahan bagi sesi 2011. Ketika rakyat ditekan dengan beberapa siri kenaikan harga barangan pengguna, ia bertambah rumit lagi dengan peningkatan yuran persekolahan awal tahun ini.
GMPP telah membuat kajian kenaikan yuran sekolah di beberapa Sekolah Rendah dan Menengah dan juga Tadika di sekitar negeri Selangor dan Perak. Kita dapati rata-rata Sekolah Rendah telah meningkatkan bayaran tambahan di antara RM35- RM40 berbanding tahun sebelumnya sekitar RM26-RM28 bagi setiap pelajar. Pemansuhan yuran persekolahan RM4 oleh Kementerian Pelajaran sebelum ini langsung tidak memberi sebarang kesan kepada ibu bapa. Ini bagaikan udang disebalik batu, sekarang pelajar dikenakan dengan pelbagai yuran tambahan yang berlipat ganda daripada yuran persekolahan RM4.
Manakala bagi Sekolah Menengah pula, jumlah bayaran tambahan yang dikenakan juga adalah lebih besar dan berbeza-beza sekitar RM60 hingga RM80 dan ia tidak termasuk lagi yuran tahunan PIBG. Difahamkan terdapat sekolah yang menetapkan yuran PIBG lebih dari RM100. Mungkin bayaran tambahan ini satu perkara kecil bagi keluarga yang berpendapatan lebih RM4000 ke atas sebulan. Tetapi 1.3 juta rakyat Malaysia masih berpendapatan kurang dari RM700 sebulan, lebih rendah dari paras garis kemiskinan RM720. Bayangkan keadaan keluarga yang mempunyai anak di antara 3-5 orang yang masih bersekolah.
Keadaan menjadi lebih teruk bagi ibu bapa yang mempunyai anak ke Tadika. Yuran pendaftaran sahaja sudah mencecah RM300-RM400 ia tidak termasuk yuran bulanan di antara RM50-RM100. Dianggarkan secara purata setiap ibu bapa perlu memperuntukkan tidak kurang RM300- RM400 untuk menyediakan keperluan lengkap bagi seorang anak mereka yang bersekolah dan ia bertambah mengikut tahap.
DI BAWAH ADALAH PERBANDINGAN YURAN SEKOLAH RENDAH ANTARA SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN (SK) & BANTUAN MODAL (SJKT & SJKC )
YURAN KERAJAAN WAJIB
No | Perkara | SK | SJK (T) | SJK (C) |
1 | Kokurikulum | RM 5.00 | RM 3.00 | RM 3.00 |
2 | Kertas Ujian Dalaman | RM 10.00 | RM 6.00 | RM 10.00 |
3 | Sukan Tahunan Sekolah | RM 10.00 | RM 6.00 | RM 6.00 |
4 | Kegiatan Pendidikan Moral | RM 10.00 | RM 6.00 | RM 6.00 |
5 | MSSM ( Majlis Sukan Malaysia) | RM 2.00 | RM 2.00 | RM 2.00 |
6 | Insurans Takaful | RM 1.50 | RM 1.50 | RM 1.50 |
JUMLAH | RM 38.50 | RM 24.50 | RM 28.50 |
YURAN SEKOLAH (TAMBAHAN)
NO | PERKARA | SK | SJK(T) | SJK(C) |
1 | Buku rampaian | RM 12.00 | RM 20.30 | |
2 | PLBS | RM 3.00 | ||
3 | Buku Nilam | RM 1.00 | ||
4 | Kad Laporan | RM 1.50 | ||
5 | Lencana Sekolah | RM 1.00 | ||
6 | Buku Aktiviti (HANYA THN 4,5,6) | RM 27.00 | RM 25.00 | RM28.90 |
7 | Buku Latihan (HANYA THN 4,5.6) | RM 10.00 | ||
8 | Yuran PIBG (SATU KELUARGA) | RM 40.00 | RM 10.00 | |
9 | Baju Sukan | RM12.00 | ||
10 | Foto | RM 8.00 | ||
11 | Tanda Nama | RM 3.50 | RM 4.00 | |
12 | Tali leher | RM 9.50 | ||
13 | Fail peribadi | RM 7.00 | ||
14 | Kad Segak | RM 1.50 | ||
15. | Yuran kelas | RM 15.00 | ||
16. | Buku Tuisyen | RM 4.80 | ||
17. | Kelas Tuisyen | RM25.00 | ||
18. | Kelas Komputer | RM11.00 | ||
Muzik | RM4.50 | |||
JUMLAH | RM 100.50 | RM100.50 | RM109.50 |
Butiran di atas adalah hasil pemerhatian di sekolah-sekolah yang terletak di Perak, Pulau Pinang, Selangor & Kuala Lumpur. Bayaran tidak semestinya sama dan ia bergantung kepada sekolah berkenaan. Ibu bapa boleh memilih perkara yang perlu.( tapi kebanyakkan sekolah akan menyuruh ibu bapa bayar jumlah penuh seperti di atas)
YURAN ASRAMA
NO | PERKARA | PENDAPATAN KURANG RM 5,000 | PENDAPATAN LEBIH RM 5,000 |
1 | Wang PIBG | RM 192.00 (BUMIPUTERA) RM 92.00 (BKN BUMIPUTERA) | RM 92.00 |
2 | Wang SUWA | RM 33.50 | RM 33.50 |
3 | Bayaran Asrama (termasuk makanan) | RM 240.00 | RM 640.00 |
· RM 200 untuk pelajar Tingkatan Lima – Kelas Tambahan
· RM 20 untuk pelajar lelaki – potong rambut
YURAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKITAR PERAK DAN SELANGOR
NO | PERKARA | TING 1 (RM) | TING 2 (RM) | TING 3 (RM) | TING 4 (RM) | TING 5 (RM) | TING 6 (RM) |
1. | PIBG/MAJALAH | 40.00 | 40.00 | 40.00 | 40.00 | 40.00 | 40.00 |
2. | YURAN SEKOLAH | 45.50 | 45.50 | 45.50 | 45.50 | 45.50 | 45.50 |
3. | YURAN TAMBAHAN- buku latihan | 55.50 | 55.50 | 80.50 | 60.00 | 60.00 | - |
4. | MUET | 60.00 | |||||
JUMLAH | RM141.50 | RM141.50 | RM165.00 | RM145.00 | RM145.00 | RM145.50 |
Kadar yuran yang dikenakan rata-ratanya seorang murid perlu membayar sebanyak RM100 – RM150 yang kian naik. Realitinya ibu bapa dipaksa untuk membuat bayaran dan sekiranya gagal berbuat demikian, anak-anak tidak diberi buku. Kebanyakkan ibu bapa yang berada dalam tahap miskin dan miskin tegar mengambil keputusan untuk tidak menghantar anak ke sekolah disebabkan desakan di sekolah. Ada pula ibu bapa yang rela menghantar anak mereka untuk bekerja daripada sekolah. Dalam konteks ini, ibu tunggal menjadi mangsa kerakusan BN kerana tidak berdaya untuk menanggung kos pendidikan yang semakin tinggi.
Selain bebanan yuran persekolahan, kerajaan BN turut melenyapkankan beberapa insentif untuk murid secara senyap-senyap.
TAHUN 2011 :
- Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah skim makanan percuma untuk pelajar miskin yang keluarganya mempunyai pendapatan kurang daripada RM400 atau pendapatan perkapita kurang daripada RM80. Setiap makanan RMT diperuntukkan RM1.80 sehari untuk murid di Semenanjung Malaysia dan RM2.05 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan. Namun tahun 2011, kerajaan mengumumkan bahawa peruntukkan telah dikurangkan untuk RMT, rata-ratanya sekolah kerajaan yang mempunyai jumlah enrolmen murid seramai 300 orang, hanya 4 orang murid yang layak menerima RMT. Ada sekolah yang masih tidak membekalkan RMT melainkan menerima sumbangan dari PIBG mahupun guru-guru di sekolah berkenaan. Malah ada daerah yang mengesa ibu bapa pergi ke pejabat Penghulu Daerah untuk memohon bantuan RMT.
- Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) telah diganti dengan E-Kasih di mana ibu bapa perlu membuat permohonan di Pejabat Penghulu Daerah. Ibu bapa dari kawasan luar bandar yang berpendapatan kurang daripada RM1,000 dan ibu bapa dari bandar dengan pendapatan kurang daripada RM1,500 layak menerima bantuan E-Kasih. Ini menambahkan lagi beban ibu bapa yang terpaksa mengambil cuti untuk pergi ke Pejabat Penhulu untuk membuat permohonan melalui online dan ramai ibu bapa tiada pengetahuan IT dan kemudahan internet untuk berbuat demikian.
Sistem Pendidikan malaysia, dimana kanak-kanak sekolah dan ibubapa menjadi mangsa apabila Ahli Politik dan Menteri Pendidikan yang sentiasa bertukar polisi seperti bertukar pakaian. Negara kita mahu mewajibkan pendidikan tetapi ibubapa tidak mampu menyara kos pendidikan yang semakin meningkat. Di negara pemerintahan Sosialis seperti Cuba dan Venezuela, Perlembagaan mereka memastikan pendidikan itu adalah satu hak dan adalah percuma. Percuma sehingga ke tahap Universiti. Itu adalah sebab negara itu boleh mencapai tahap pendidikan tinggi dan tahap celik huruf sebanyak 100%.
Di bawah strategi pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, melalui Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) pelbagai projek mega dicadangkan untuk menelan keuntungan yang berlipat ganda menggunakan platform kroni-kroni yang korup. Antara projek adalah :
· Pembinaan Istana baru di Jalan Dutayang menelan kos yang mencecah sehingga melebihi RM800 billion.
· Projek Aliran Transit Massa ( MRT ) yang menelan RM36 billion (ia hanya merangkumi kos pembinaan dan tidak termasuk kos pengambilan tanah) dan ia merupakan projek infrastruktur terbesar yang dijalankan di Malaysia.
· Cadangan membina Menara Warisan Merdeka 100 tingkat dengan anggaran kos RM 5 billion.
Inilah bezakan sistem pendidikan kita dengan negara lain. Nampak canggih, nampak bergaya tetapi masih ada keciciran kanak-kanak, masih ada sekolah yang serba kekurangan, masih ada mereka yang tak mampu membiayai pendidikan anak-anak. Indah kata daripada rupa.
Apakah langkah kerajaan dalam menangani masalah ini. Wajarkah ibu bapa yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan dan mempunyai ramai tanggungan dipersalahkan? Sekiranya, kerajaan mengimplimentasikan akta gaji minima dan kekalkan pemberian subsidi untuk mengawal harga barang secara adil, nescaya keadaan sebegini tidak berulang. Namun, senario ini sememangnya diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk keuntungan dan kepentingan kroni semata-mata.
GERAKAN MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA (GMPP) berpendirian bahawa:
1. Pendidikan adalah sesuatu yang perlu diberi secara percuma dan bukannya dibayar dengan wang semata-mata.
2. Yuran perlu dimansuhkan serta – merta.
3. Selaraskan semua sekolah supaya dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan.
4. Pengangkutan, pakaian seragam dan makanan percuma perlu disedikana untuk keluarga yang berpendapatan kurang dari RM1,500.
5. Kerajaan sepatutnya menggunakan keuntungan yang diperolehi dari Petronas atau dan hasil kutipan cukai pendapatann dari korporat dan kapitalis gergasi untuk disalurkan dalam pendidikan.
6. Kekalkan subsidi untuk mengurangkan beban rakyat.
7. Hentikan dengan segera projek-projek mega yang tidak menjaga kebajikan rakyat.
“ YURAN NAIK, SEMUA NAIK….
”YANG TURUN HANYA HUJAN DAN NILAI PENDIDIKAN”
Saturday, January 1, 2011
Satu himpunan yang dirancang oleh solidarity mahasiswa pada 1 januari 2011 berjaya berjalan dengan lancarnya dan dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa di sekitar Malaysia.himpunan mahasiswa 1111(HIMUM )
Himpunan mahasiswa 1111(HIMUM) ini telah dihadiri oleh kartiges ,Rubben , santhana (pemuda sosialis) dan mengambil bahagian dalam himpunan mahasiawa ini.Antara aktiviti yang dilakukan dalam himpunan ini ialah upacara mewarna banner gergasi dan pidato berantai yang disampaikan oleh pemimpin mahasiswa beberapa persatuan seperti saudara ahmad syazwan dan saudari nazirah abu bakar dari GAMIS,saudara hilman idham KAMI,wong swee nee DEMA,kartiges Pemuda Sosialis Malaysia dan saudara faiz ismail dari Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional dan saudara shazni munir.
Himpunan ini juga turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia En Sha'ani Abdullah dan beberapa wakil dari badan bukan kerajaan .
Himpunan ini juga turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia En Sha'ani Abdullah dan beberapa wakil dari badan bukan kerajaan .
Subscribe to:
Posts (Atom)