PSM

Saturday, July 23, 2011

R Saratbabu Aktivis Pemuda yang Berani (Tahanan PSM dalam Ordinan Darurat)







R Saratbabu @ Babu merupakan anak bongsu dalam keluarganya yang terdiri daripada 5 orang adik – beradik. Ibubapa Babu yang merupakan Pejuang Kg. Chepor telah menjadi asas kepada babu untuk melibatkan diri dalam perjuangan dan kerja – kerja untuk masyarakat. Sejak kecil lagi , Babu mendapat pendedahan secara tidak langsung akan mesyuarat , kumpulan , aktiviti dan tindakan pejuang – pejuang Kg. Chepor. Setelah mencapai umur 17 tahun , Beliau telah mengorak langkah menubuhkan satu kumpulan pemuda dalam kalangan anak – anak pejuang Kg. Chepor. Isu penubuhan ini telah diutarakan kepada Saudari M. Sarasvathy selepas tamatnya Program Sambutan Kejayaan Perjuangan  Kg. Chepor dan pada tahun 2005 Pemuda Fron Alaigal ditubuhkan dengan 10 orang ahli.

Pemuda Alaigal menjadi satu kumpulan yang menganjurkan program – program berfaedah kepada anakmuda – anakmuda sekitar Ipoh. Dari situlah , Saya mengenali M. Sarasvathy penyelaras Pemuda Alaigal dan Pengasas Pemuda Alaigal R Saratbabu melalui satu program kebudayaan pada Disember 2006. Saya telah menyertai program tersebut seterusnya menyertai Kem Aankmuda Sosialis -1 di Port Dickson pada March 2007. Selepas kem tersebut , Saya telah dipelawa oleh M. Sarasvathy menyertai Pemuda Alaigal. R Saratbabu juga memikul tanggungjawab  sebagai ketua pemuda sosialis nasional pada Mei 2011. Justeru ,  Babu yang saya kenal hari itu sehinggalah harinya beliau ditahan dalam Ordinan Darurat beliau tetap berani kerana bangga akan perjuangan rakyat yang dilakukannya .

R Saratbabu juga memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas ayahnya mengalami strok 2 tahun lepas. Beliau mendapat asas – asas kepimpinan dan sifat tanggungjawab daripada keluarganya , ini seterusnya menjadikan Babu seorang yang sangat berkaliber dalam perjuangan. Pekerjaan beliau adalah sebagai guru tuisyen dirumahnya dan mempunyai satu imej yang baik dalm kalangan masyarakat setempat sebagai pendidik dan aktivis masyarakat . 2 tahun lepas juga , beliau mula mengajar di Pusat Tuisyen. Bemula tahun 2008 sehingga 2009 beliau cuba dan terus cuba untuk mendapatkan tempat untuk Kursus Eksternal BOJ di Universiti Malaya tetapi gagal. Nanun , tekad dan aspirasi untuk mempelajari undang – undang akhirnya membuahkan hasil apabila kali ketiga beliau memohon dan beliau berjaya mendapat tempat untuk Kursus Eksternal BOJ – UM. Babu yang mempunyai tanggungjawab besar dalam keluarganya , pekerjaan dan pelajaran tidak pernah melepaskan perjuangan dan terus berkhidmat untuk rakyat dan anakmuda yang tertindas. Persepsi saya ,Babu seorang yang tidak mudah putus asa dan mampu menangani apa jua masalah dengan baik.
Hampir 5 tahun saya mengenali Saudari M. Sarasvathy dan Saudara R Saratbabu , Mereka mementingkan perjuangan bersama rakyat dan memobilisasi rakyat. Walaupun , Babu sangat aktif dalam kegiatan Pemuda namun beliau juga memikul tanggungjawab – tanggungjawab lain seperti membantu dalam PSM Bercham. Pelbagai aktiviti seperti Kem Anak Muda , Liga Bola Sepak , Seminar Peperiksaan , Lawatan Sambil Belajar , Sukaneka , Karnival dan lain – lain diadakan untuk anakmuda – anakmuda sekitar dengan tujuan dapat menghindarkan mereka daripada gejala social dan menarik mereka kearah membantu masyarakat sekeliling. Selain itu , komitment beliau pada peringkat cawangan dan PSM Nasional juga saya melihat sebagai sesuatu yang penting kepadanya kerana daripada penglibatan dalam beberapa komponen ini menjadikan Babu lebih berpengalaman. Babu sentiasa mencari sesuatu untuk dibuat. Cara koordinisasi beliau saya amat kagum dimana beliau akan koordinisasi sesuatu perkara secara menyeluruh dengan baik. Beliau juga menjadi Salah seorang Penyelaras Negeri Perak Kempen Basikal JERIT 2008 dan berjaya menamatkan kempen 17 hari tersebut dengan begitu teratur. Babu mementing prinsip pemusatan demokrasi dimana keputusan dibut secara majority dengan amengambil kira pendapat semua orang yang hadir dalam satu – satu mesyuarat. Saya banyak membelajar daripada R Saratbabu dan M. Sarasvathy antaranya adalah tiada diskriminasi umur diantara kami semasa berdebat , pemusatan demokrasi dan lain – lain lagi.

Apabila saya kecewa dan marah dengan satu – satu individu ataupun perkara , Babu akan cakap “ Hussein ,Kita kerja untuk Parti dan Rakyat yang lain tidak penting ”. Kata – kata itu akan sentiasa diulang kepada saya atau sesiapapun yang akhirnya memberi kematangan untuk bergerak kehadapan lagi. Babu juga seorang yang bergaul sosial dengan semua orang dan begitulah saya dan beliau menjadi sahabat yang rapat. Hampir Saban hari kami berjumpa membincangkan aktiviti pemuda , Parti dan peribadi seperti keluarga , pelajaran , kewangan dan lain – lain. Saya mendapat kepercayaan Babu dalam berkongsi apa jua perkara dan ada masanya kami akan berdebat berjam – ja untuk mendapatkan satu konklusi yang baik.

Pada hari Babu ditahan semula dalam diberi notis EO , Saya berasa sungguh sedih kerana beliau ada peperiksaan pada 3 July di Universiti Malaya. Saya bersama ibubapanya pergi berjumpa beliau di IPD Kepala Batas selama 5 minit dan menerima notis , saya tidak dapat menerima keadaan tersebut yang berlaku dalam sehari bahkan semuanya hancur , Kali pertama saya melihat Babu berjanggut dan senyum melihat kearah saya dengan tangan yang digari. Saya mengalirkan air mata , Babu terus cakap Hussein jangan sedih saya akan keluar selepas BERSIH 2.0 , seorang polis sedang merakam video perbualan kami dengan begitu tenang Babu mengatakan “ Kes sosilawati pun mereka tak dapat selesaikan , nak tangkap kita pulak ”. Senyuman babu pada hari itu menunjukkan seribu kesedihan , saya mengerti. Babu terus mengatakan “ Hussein , samapai sinilah pelajaran saya….. ”. Saya psti beliau sedih tidak dapat menduduki peperiksaan , tidak dapat bersama keluarga , tidak dapat bersama Pemuda Alaigal dan semestinya Perjuangan Rakyat dalam PSM.

R Saratbabu , bagi saya adalah warganegara Malaysia yang berguna , berani mengutarakan pendapat di mana jua dalam apa keadaan jua. Keberanian itu membara dihati saya dimana saya telah mengambil beberapa tanggungjawabnya sekarang dan saya berasa sungguh teruja kerana selepas Babu ditahan seluruh rakyat Malaysia berpeluang mengetahui EO = ISA yang kejam yang membunuh hak demokrasi bersuara. Biarkan pengorbanan 6 aktivis PSM ini menghidupkan Demokrasi di Malaysia. Saya tahu dan kenal keenam – enam tahanan EO , Mereka adalah aktivis sosialis yang berjuang untuk rakyat miskin dan terindas serta berusaha mewujudkan satu keadaan ekonomi sosialis yang adil untuk rakyat Malaysia. R Saratbabu perlu dan akan dibebaskan , Saya mahu beliau teruskan perjuangan ini dan semestinya pelajaran dan cita – cita beliau untuk menjadi peguam.

Oleh ,

Muhammad Hussein
Pemuda Sosialis

Hidup Rakyat , Hidup Perjuangan , Mansuh EO = ISA , Bebaskan Tahanan


Sunday, July 17, 2011

Candle Light Vigil in Sungai Siput - Released EO6

 Penahanan tidak sah 6 orang ahli psm di bawah ordinan darurat (EO). Kami membantah penahanan 6 aktivis Parti Sosialis Malaysia. Bebaskan mereka dengan segera.


Saturday, July 16, 2011

Laporan Polis Untuk Pembebasan EO6 di Perak

IMG_0158.JPG
 Hari ini 16/7/2011, kempen laporan polis terhadap pihak kerajaan dan polis yang menyalahgunakuasa menangkap PSM EO6 , telah dibuat mula dibuat di seluruh negara dan di Perak, kempen ini dimulakan di balai polis IPD Ipoh yang dihadiri antara lainnya Sdr Rani, ahli Pusat PSM, Menteri Besar sah Perak, YB Dato Sri Nizar, YB Lee Boon Chye, rakan seperjuangan dari PSM, DAP, Keadilan dan PAS. Turut hadir kumpulan sokongan NGO dan perseorangan yang membuat laporan polis tersebut.



Format Umum Laporan ialah : 

ADUAN POLIS 

Tarikh :  16 Julai 2011

ADUAN POLIS TERHADAP:

1. DATUK HISHAMUDDIN, MENTERI DALAM   NEGERI;
2. TAN SRI ISMAIL OMAR,  KETUA POLIS  NEGARA,;
3  DATUK KHALID ABU BAKAR,TIMBALAN KETUA POLIS  NEGARA,

Aduan oleh :


PENAHANAN TIDAK SAH 6 ORANG AHLI PSM : DR.JEYAKUMAR, CHOO CHON KAI, SARATBABU, SARAVATHY, LETCHUMANAN & SUKUMARAN DI BAWAH ORDINAN DARURAT

Saya ___________________________ no kad pengenalan ____________ mewakili____________ ingin membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar kerana:

1.    Telah menangkap 6 orang ahli dan aktivis PSM di bawah Ordinan Daururat (EO) yang tiada hak untuk membela diri dan dibicarakan di Mahkamah dan biasa digunakan terhadap penjenayah berat. .
2.    Melakukan penyiasatan dan penderaan  ala ISA walaupun ke-6 mereka di tahan di bawah EO.   
3.    Telah membuat tuduhan palsu dan cuba mengaitkan mereka kepada aktiviti-aktiviti yang mereka tidak terlibat seperti melancarkan perang keatas DYMM Agung atau memulihkan PKM antaranya.
4.    Risau akan keadaan kesihatan mereka memandangkan mereka berada ada dalam sel berasingan
5.    Penahanan tanpa bicara dibawah EO/ISA  adalah satu pencabulan hak asasi manusia dan dikutuk oleh semua Institusi hak Asasi Antarabangsa dan oleh semua amalan agama di dunia,.

Saya/Kami sebagai rakyat Malaysia amat kecewa dan dukacita atas penahanan keenam aktivis ini. Saya meminta mereka dibebaskan atau dibicarakan di mahkamah terbuka dengan serta merta. Saya membuat aduan polis ini kerana ke 6 ahli aktivis PSM ini ditahan secara tidak sah. Saya bimbang akan keselamatan mereka dan membuat aduan polis ini kerana mahukan mereka dibebaskan dengan serta merta atau didakwa di mahkahmah.

Sekian laporan saya.

Tuesday, July 12, 2011

Kebangkitan Kuasa Rakyat sudah Menjelma di Malaysia

PEMUDA SOSIALIS 
DUNIA MELIHAT KEBANGKITAN KUASA RAKYAT MALAYSIA TETAPI  BARISAN NASIONAL PANDANG RENDAH  DAN BAKAL MENERIMA PADAHNYA

                                     
                     No.22A, Lorong Vivekananda, 50470 Brickfields,     Kuala Lumpur, MALAYSIA                  
                               Email : pemudasosialis.hq@gmail.com        Website: penamerahps.blogspot.com



Kebangkitan Kuasa Rakyat sudah Menjelma di Malaysia diatas kontradiksi sistem kapitalisme melalui kepimpinan rejim UMNO - BN. Kini , Semakin ramai pihak dan warganegara sedar akan perubahan yang perlu dilakukan dalam pemerintahan negara kita , kesedaran itu telah melahirkan keberanian untuk memberontak akan ketidakadilan dan kekejaman yang berlaku. 

Tsunami politik 2008 telah menzahirkan bahawa rakyat malaysia mahukan perubahan. Negara kita , Malaysia hanya secara dasarnya merdeka 54 tahun , tetapi rakyatnya masih dikonkong , diperas dan ditakut - takutkan dengan pelbagai akta - akta zalim dan tindakan provokasi kapitalis. Jika kita melihat , banyak episod sandiwara politik telah berlaku dan menimbulkan polemik adakah kita bebas , betul - betul bebas ?

Antara polemiknya adalah :

1. Apakah kesudahan kes ' Teoh Beng Hock ' . Mahkamah menyatakan beliau tidak bunuh diri dan tidak dibunuh. Inilah penghakiman di
    Malaysia !!!!!

2. DUN Perak dirampas melalui pintu belakang , mengapa tidak dibubar dan menjalankan pilihan raya semula ???? Isu ini telah
    menhagatkan satu negara dan diketahui umum tetapi UMNO - BN masih berani dan terus porak - perandakan keadaan di negeri
    Selangor dan Kedah !!!!

3. Kes pembunuhan Altantuya - Najib masih di kayangan ????

4. Jika beri subsidi , Kerajaan akan Bankrap..... Bila minta Akta Gaji Minima , Kerajaan terus senyap !!!

5. ISA , AUKU , dan Trend Terkini (  EO ) menjelaskan betapa tidak bebasnya kita dan hak bersuara kita terus terhakis !!!!

6.Segala kemudahan asas diswastakan dan kos hidup kian meningkat , Undang - undang buruh dan kesatuan diperketatkan adakah kita
   dapat bebas ????

7. Kegagalan sistem kapitalisme sendiri telah membawa kepada krisis ekonomi dan krisis sosial di Malaysia !!!

8. Dan banyak lagi........

Oleh itu ,

Kebangkitan demi kebangkitan tetap wujud dan akan berterusan. ' Bersih ' telah beraksi sebanyak dua kali dengan tuntutan - tuntutan yang begitu releven supaya pilihanraya diadakan dengan bersih , telus dan amanah. Ia juga mendapat sambutan ' Dunia ' Dimana aktivis dan rakyat malaysia telah berkumpul 29 Bandar di merata dunia..... Tetapi di Malaysia Perhimpunan Rakyat dieertikan Perhimpunan Haram !!! 91 warganegara dihalang masuk ke Ibu Negara pada 9 Julai 2011 , adalah sesuatu yang sungguh melampau kerana kerajaan lupa tanpa pengundi ini maka kerajaan UMNO - BN tidak akan wujud. Malah , penahanan 1,600 aktivis yang berjuang untuk  kebenaran menampakkan tiada ruang Demokrasi di Malaysia pada mata dunia.Hari Pekerja yang dianjurkan oleh JERIT , PSM pada 1 Mei 2011 juga telah diakhiri dengan tindakan biadap pemerintah dan ini menyalahi Hak Asasi Pekerja.....

Kini , 6 Aktivis PSM ditahan dengan tuduhan mereka cuba menghidupkan fahaman komunis dan disiasat dibawah Kanun Keseksaan ( 122 ) , iaitu memerangi Yang Di-Pertuan Agong. Tetapi , Kerajaan tahu hanya dengan ' T - Shirt ' dan Bahan cetakan yang dirampas tidak cukup untuk mensabitkan kesalahan dan terus menggunakan autoriti kotor dengan kuasa politik mereman mereka dalam ' Ordinan Darurat ' , yang mana boleh menahan seseorang tanpa penghakiman dan pembelaan selama 60 hari. Pemerintahan Kuku Besi UMNO - BN juga ada kuasa untuk menahan mereka dalam Internel Security Act ( ISA ) selama 2 tahun dan tempoh seterusnya. Walaupun Pihak PBB , Sokongan Solidariti negara serantau , NGO dan lain - lain menggesa kerajaan untuk membebaskan enam wira rakyat ini , kerajaan UMNO - BN mengamalkan sikap ' Pekak Badak ' 

Tidak lama lagi , Tidak jauh lagi akan menjelang tiba PRU - 13 , jika pada masa itu SPR masih bermain kotor dan menjadi boneka pemerintah kuku besi. Maka , kebangkitan demi kebangkitan akan tercetus secara besar - besaran untuk membawa perubahan Muktamad ....

Negara - negara Islam seperti Mesir dan libya menjadi contoh kebangkitan kuasa rakyat dari akar umbi akibat dikonkong , diperas dan ditakut - takutkan ........ Malaysia mungkin esok , tetapi yang pastinya kebangkitan muktamad akan tercetus dan hancurkan Rejim UMNO - BN buat selama - lamanya.

          
 Pemuda Sosialis Nasional
30 JUN 2011