PSM

Monday, June 13, 2011

Chip Lam Seng tipu pekerja


Pada hari ini, 13/6/2011 , 10.30 pagi, satu piket telah diadakan oleh pemandu-pemandu lori Chip Lam Seng bersama Jawatankuasa Pekerja ,PSM Perak ,Pemuda sosialis perak untuk menuntut isu mereka diselesaikan. Piket ini terpaksa diadakan apbila pengurusan Chip Lam Seng tidak mahu berbincang dengan pekerja untukl memberitahu mengapa trip perjalanan mereka dihentikan sejak tiga bulan yang lalu.

Ini telah menyebabkan  gaji mereka telah berkurang lebih RM 1000 dan kini hanya diberi gaji pokok RM 500 sahaja. Pihak pengurusan juga tidak mahu mengeluarkan slip gaji penuh dan ini menyebakan pemotongan KWSP dan PERKESO juga berkurangan dengan teruk. Tuntutan mereka ialah :


  1. Pihak majikan untuk mengembalikan trip perjalanan seperti biasa
  2. Sekiranya pengeluaran tidak mencukupi untuk trip, maka gaji asas harus dinaikan kepada sekurang-kurangnya RM 1500 (Seribu Lima Ratus) kerana ini merupakan gaji biasa  dengan trip.
  3. Pihak majikan tidak seharusnya menyuruh mereka memandu lori treler kerana selama ini mereka hanya memandu lori tanki dan tidak berupaya untuk memandu lori treler yang lebih susah dan memerlukan tenaga kerja berat  kerana rata-rata pemandu semua berusia lebih 45 tahun.
  4.  Bayar balik wang KWSP dan SOCSO yang ditipu oleh pihak pengurusan. Ini berlaku kerana pemotongan hanya dilakukan terhadap gaji asas dan gaji penuh tidak tertera dalam slip gaji.


Kes telah difailkan di Mahkamah Perusahaan dan akan didengar pada 23/6/2011. Pada hari ini selepas piket, pihak pengurusan terpaksa tunduk dan pihak pengurusan  Chip Lam Seng mahu berjumpa dengan pekerja. Tetapi Kordinator Karthi dan Dorai daripada Jawatankuasa Pekerja PSM Perak tidak dibenarkan mewakili mereka. Selepas beberapa penekanan diberi oleh para pemandu lori, akhirnya boss Chip Lam Seng setuju untuk berjumpa dengan pemandu lori dan kordinator pada hari Khamis ini untuk perbincangan.

Kami memberitahu pihak media bahawa isu penindasan kaum majikan seperti ini berlaku di seluruh Malaysia dan perlaksanaan Akta Gaji Minima RM 1500 adalah sangat penting dan kami menentang pihak kerajaan BN yang hanya mahu melaksanakan Majlis Penetapan Gaji MInima sahaja yang merupakan satu lagi sandiwara semata-mata.

Pada ketika kaum pekerja sudah mula berani menentang rantai penindasan seperti ini, kaum majikan boleh dijinakkan dan kuasa pekerja akan kembali di bumi Malaysia.

Hidup Pekerja.

oleh

Karthi
Kordinator Jawatankuasa Pekerja PSM Perak